May 15, 2024

ANIMATION ABOUT A LOVERS

 


DIATAS ADALAH VIDEO YANG DIHASILKAN DARI SAYA SENDIRI, SEBUAH ANIMASI MENGENAI SEBUAH PASANGAN YANG TERJUMPA DI TEPI PANTAI LALU MEREKA TERJATUH HATI PADA SATU SAMA LAIN. DAN TIBA TIBA SEEKOR RAKSASA MUNCUL DAN LELAKI TERSEBUT BERUBAH MENJADI ULTRAMAN UNTUK MENYELAMATKAN WANITA ITU DAN ORANG RAMAI DI PANTAI TERSEBUT

HEALING A WHOLE DAY WITH BAL

 


VIDEO DI ATAS ADALAH VIDEO YANG DIRAKAM OLEH DIRI SAYA SENDIRI UNTUK MEMBAWA ANDA SEMUA MENGEMBARA MENGELILINGI MALAYSIA DENGAN KEADAAN YANG SANGAT CANTIK. DI DALAM VIDEO TERSEBUT TERDAPAT SUNSET, SUNRISE DAN JUGA KEADAAN YANG AMAT CANTIK PADA WAKTU MALAM

March 07, 2024

Introduction To Beach

 Introduction to our beautiful Malaysian's Beach




Pantai Batu Ferringhi merupakan pantai yang paling dikenali bagi para pengunjung yang selalu datang ke Pulau Pinang. Pantai ini juga senang untuk dilalui dengan kereta dan banyak tarikan untuk dinikmati oleh anda jika berkunjung ke pantai ini.Ezoic

Sekiranya anda menenangkan fikiran, melakukan aktiviti air, berkelah di pantai dan sebagainya, pantai Batu Feringhi amat sesuai untuk anda.

Disebabkan pantai ini dekat dengan beberapa tempat penginapan, maka amat mudah untuk anda berjalan-jalan ke pantai tersebut.



Anda kenal dengan Mat Dan? Warga eropah pernah petah berbicara dalam dialek Terengganu. Beliau pernah popular di wawancara di kaca televisyen kerana kepetahannya itu. Menurutnya, beliau terpikat dengan keindahan Pulau Kapas, membuatkan beliau membuat keputusan untuk menetap lama di pulau ini.


Untuk pengetahuan anda, Pulau Kapas terletak di perairan Kuala Terengganu dan untuk ke sini anda perlu menaiki bot dari jeti di Marang. Pulau Kapas tidaklah sebesar Pulau Perhentian dan Pulau Redang, dan hanya 2 km panjang dan lebarnya pula sekitar 1 km.


Walaupun Pulau Kapas ini tidaklah sepopular Pulau Redang dan Pulau Perhentian, ianya tetap sesak dengan pelancong tempatan terutamanya ketika musim cuti sekolah. Ini kerana banyak pengusaha menyediakan pakej pergi balik dengan hanya serendah Rm50 seorang.


Aktiviti utama di sini semestinya bermain air di pantai, selam skuba dan snorkelling. Ini kerana hidupan marin dan terumbu karang yang hidup di sini tidak kurang cantiknya. Aktiviti mendaki Bukit Singa semakin popular di pulau ini.


Di sekitar perairan Pulau Kapas juga sering menjadi lokasi bot-bot nelayan untuk
bercandat sotong terutamanya pada bulan Jun dan Julai. Setiap tahun, memang banyak badan kerajaan, NGO, badan korporat ataupun yang berkeluarga menyewa bot di jeti Marang untuk bercandat sotong di sekitar perairan Pulau Kapas.

ANIMATION ABOUT A LOVERS

  DIATAS ADALAH VIDEO YANG DIHASILKAN DARI SAYA SENDIRI, SEBUAH ANIMASI MENGENAI SEBUAH PASANGAN YANG TERJUMPA DI TEPI PANTAI LALU MEREKA TE...